Cherating bukanlah pulau tetapi ia seperti pulau yang menyediakan
penginapan seperti Pulau. Kampung lama Cherating menggabungkan unsur-unsur lama
dengan moden. Sebatang jalan sepanjang kira-kira 1km selari dengan pantai di
sini dipenuhi deretan calet yag comel dan selesa yang kebanyakkanya mengadap
pantai Cherating yang bersih.
Cherating menawarkan kombinasi ombak laut yang
bergulung-gulug menghempas pantai, pantai yang putih bersih, pelbagai tempat
penginapan, pilihan tempat makan serta aktiviti hiburan malam istimewa para
peluncur papan air. Peluncur papan air meluangkan masa beberapa hari atau
beberapa bulan di sini untuk mengambil kesempatan dengan kehadiran ombak laut
yang hebat dan berehat bersama peluncur yang lain sambil bertukar cerita
tentang pengalaman meluncur air mereka di salah sebuah kelab yang terdapat di
situ.
Malahan, Kampung Cherating yang lama telah diberi
gelaran ‘Syurga Peluncur’ sejak tahun 70-an. Setiap tahun, para peluncur air
dari seluruh dunia kembali ke Cherating bagi mencuba ombak di sini dan singgah
melawat rakan-rakan tempatan mereka. Pantai Cherating amat bersih dan
mempesona.Penginapan yang popular di dunia seperti Club Med telah membina
penginapan Asianya yang pertama di Cherating.
Peluncur
papan air yang sering berulang ke sini juga mengambil kesempatan meminta
rakan-rakan tempatan membawa mereka bersiar-siar di kawasan kampung yang
menarik di sepanjang pantai ini sambil menjiwai pemandangan yang mempesona.