Aktiviti 3

SANTUARI PENYU




Santuari Penyu merupakan pusat pemuliharaan penyu dalam usaha melindungi spesis yang membahayakan khususnya cengkerang penyu. Ia juga bertindak sebagai pusat maklumat kepada mendidik masyarakat tentang penyu dan keperluan untuk melindungi mereka. Di sini, pelancong dapat melihat dengan lebih dekat penyu-penyu yang terdiri daripada pelbagai jenis disamping turut berpeluang untuk memberi makan kobis yang disediakan oleh pihak berkenaan kepada penyu.




Di sini terdapat pelbagai info yang boleh diketahui seperti adanya 3D replika iaitu menunjukkan bagaimana telur penyu menetas dan anak-anak penyu yang sangat comel keluar dari kedalaman pasir di pantai untuk melepaskan diri ke laut. Seterusnya, pelancong juga dapat melihat dengan lebih dekat lagi penyu-penyu yang terdiri daripada pelbagai jenis disamping turut berpeluang untuk memberi makan kobis yang disediakan oleh pihak berkenaan kepada penyu.Pelancong yang datang ke sini sudah tentu dapat menikmati keseronokan yang sukar untuk diperoleh seperti ini.




Perkara yang lebih menyeronokkan lagi apabila bagi sesiapa yang ingin masuk ke pusat Santuari Penyu ini adalah secara percuma tetapi disediakan satu tabung sumbangan untuk pemuliharaan penyu di sini. Ini merupakan usaha baik supaya pelawat bersama-sama dapat menyumbang kepada pemeliharaan dan pemuliharaan penyu. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyumbang bagi kepentingan penyu ini dan memeliharanya daripada terancam dan terus pupus.

No comments:

Post a Comment