Thursday, July 12, 2018

PANTAI CHERATING

PENGENALAN









Cherating bukanlah pulau tetapi ia seperti pulau yang menyediakan penginapan seperti Pulau. Kampung lama Cherating menggabungkan unsur-unsur lama dengan moden. Sebatang jalan sepanjang kira-kira 1km selari dengan pantai di sini dipenuhi deretan calet yag comel dan selesa yang kebanyakkanya mengadap pantai Cherating yang bersih.





Cherating menawarkan kombinasi ombak laut yang bergulung-gulug menghempas pantai, pantai yang putih bersih, pelbagai tempat penginapan, pilihan tempat makan serta aktiviti hiburan malam istimewa para peluncur papan air. Peluncur papan air meluangkan masa beberapa hari atau beberapa bulan di sini untuk mengambil kesempatan dengan kehadiran ombak laut yang hebat dan berehat bersama peluncur yang lain sambil bertukar cerita tentang pengalaman meluncur air mereka di salah sebuah kelab yang terdapat di situ.






Malahan, Kampung Cherating yang lama telah diberi gelaran ‘Syurga Peluncur’ sejak tahun 70-an. Setiap tahun, para peluncur air dari seluruh dunia kembali ke Cherating bagi mencuba ombak di sini dan singgah melawat rakan-rakan tempatan mereka. Pantai Cherating amat bersih dan mempesona.Penginapan yang popular di dunia seperti Club Med telah membina penginapan Asianya yang pertama di Cherating.




Peluncur papan air yang sering berulang ke sini juga mengambil kesempatan meminta rakan-rakan tempatan membawa mereka bersiar-siar di kawasan kampung yang menarik di sepanjang pantai ini sambil menjiwai pemandangan yang mempesona.

2 comments:

  1. Blogger ini Cantik.... Tambahkan animasi supaya lebih Cantik.. Anyway good luck Putri😗

    ReplyDelete
  2. sangat terperinci dan mudah mendapat maklumat

    ReplyDelete