- PELAYARAN SUNGAI ( MANGROVE RIVER CRUISE )
Cherating terkenal sebagai salah satu tarikan pelancong di
utara Pahang dengan aktiviti pelayaran ‘Mangrove River Cruise. Semasa di sini
pelancong dapat melihat sendiri keindahan pemandangan alam semulajadi yang
menghijau dengan tenang dan damai.
Pada waktu malam, pelancong juga tidak terlepas peluang untuk
menikmati 'Mangrove River Cruise' ini. Kelebihan menikmatinya pada waktu malam
bukan sahaja dingin malah dapat melihat kelip-kelip di persekitaran Sungai
Cherating. Mereka boleh mengambil gambar kelip-kelip pada waktu malam yang
pastinya akan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga kepada pelancong
apabila dapat merasai sendiri pengalaman tersebut bersama pelancong yang lain ketika
menaiki 'Mangrove River Cruise' ini.Untuk memasuki ke sini sudah tentu perlu
dibayar.Harga yang ditawarkan di sini adalah seperti berikut :
HARGA :
Durasi Trip : satu jam setengah
Dewasa➝ rm 50
Kanak-kanak➜ rm 30
No comments:
Post a Comment